Posts

Ceramah Pecutan Terakhir SPM/PMR -STARS-

Image
Alhamdulillah, pada 8hb Julai 2013 yang lalu, kami di pihak warga Pro Team telah menerima jemputan daripada SMK Tun Abdul Razak Selekoh Perak bagi menyampaikan perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pecutan terakhir bagi menghadapi SPM dan PMR. Peserta-peserta dibahagikan kepada dua buah kumpulan mengikut jenis peperiksaan mereka iaitu SPM dan PMR. Taklimat kepada peserta-peserta SPM telah diadakan di Dewan Sri Mayang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan lima kelas elit. Manakala taklimat kepada peserta-peserta PMR dijalankan di Makmal ICT dan disertai oleh pelajar-kelas elit tingkatan tiga. Program ini berlangsung dari jam 1250 tengah hari pada awalnya. Naun disebabkan beberapa masalah teknikal, taklimat bermula agak lewat daripada dijadualkan. Walau bagaimanapun segala-galanya berjalandengan lancar syukur ke hadrat Ilahi. taklimat ini berakhir pada ja 215 petang. Perkongsian ringkas ini merangkumi persediaan pelajar semasa saat-saat terakhir menghadapi peperiksaan...

KUPIMPIN SMK Tun Sardon

Image
Alhamdulillah... Pro-Team TC telah pun selesai melaksanakan tugas menyempurnakan Kursus Kepimpinan Pengawas 2013 (KUPIMPIN 2013) SMK Tun Sardon, Rengit Batu Pahat pada 6&7 April 2013 yang lalu. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Cikgu Zahill, Cikgu Zawariah, barisan guru-guru SMK Tun Sardon dan juga kepada semua yang terlibat  dengan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada Pro-Team TC untuk melatih barisan pengawas SMK Tun Sardon selama 2 hari yang lalu. Segala kekurangan amat kami kesali dan kami memohon maaf atas kekurangan itu. Semoga guru-guru dan barisan pengawas SMK Tun Sardon terus sukses dan terus maju ke hadapan. Di antara modul-modul yang dijalankan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang modul yang ditawarkan Pro-Team TC boleh lah mendapatkan khidmat kami... :) Moderator Kursus merangkap Pengarah Urusan Pro-Team TC Barisan Fasilitator berpakaian baju oren Nikmat Oh N...